top of page
PELAJAR: Activities
20190120_083212.jpg

Cuti Madrasah

Dalam setahun, pelajar hanya dibenarkan pulang ke rumah pada Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Haji dan Cuti Akhir tahun. Meskipun demikian, pihak madrasah akan memberi kebenaran cuti kepada pelajar atas sebab-sebab tertentu.

Library

PENGKHUSUSAN KE DARUL ULUM / JAMIATUL / UNIVERSITI

​

Peringkat ini adalah Peringkat Lanjutan Pengajian Tinggi di institusi yang menawarkan pengajian Islam di luar negara seperti Indonesia, Thailand, Yaman, Mesir, Madinah dan negara-negara Timur Tengah yang lain.


SISTEM PEPERIKSAAN

​

Peperiksaan di ASUH Johor diadakan sebanyak 3 kali setahun pada setiap akhir semester yang dikendalikan oleh Bahagian Peperiksaan ASUH Johor. Hanya pelajar yang lulus dibenarkan naik ke tahun seterusnya, sedangkan pelajar yang gagal harus mengulang tahun yang sama.


KELAS PENGAJIAN KITAB

​

Pelajar yang mengambil pengajian kitab pula akan diberi pengukuhan dalam Nahwu Sorof dan penguasaan Bahasa Arab selama 2 tahun sebagai persiapan untuk program yang seterusnya. Kaedah ini selari dengan matlamat ASUH Johor dalam usaha melahirkan ulama yang mampu menguasai bidang Hadith, mampu menyelesaikan masalah hukum Fiqh bagi membimbing masyarakat agar tidak terpengaruh dengan pendapat-pendapat yang mengelirukan.

​

PELAJAR: Student Life
IMG-20200108-WA0019.jpg

FASILITI KEMUDAHAN

​

Di kawasan madrasah tiada pemisah antara kawasan madrasah, surau, waqaf dengan taman perumahan di sekitarnya. Hal ini membuktikan betapa eratnya peranan penduduk setempat dalam menyokong perkembangan ASUH Johor. Antara kemudahan prasarana yang disediakan:

Sebuah musolla

Tandas lelaki / wanita / tempat wudhu’

Sebuah waqaf

Asrama lelaki

Asrama guru


TEMPOH PENGAJIAN

​

Di ASUH Johor tempoh pengajian tidak terhad kepada tempoh tertentu. Sistem pembelajaran lebih menitikberatkan kemampuan seseorang pelajar menerima dan mempraktikkan setiap mata pelajaran dan semua bilangan kitab yang diamanahkan.

​

SISTEM PEMBELAJARAN

​

Sistem pembelajaran disusun mengikut perkara-perkara berikut :

​

1.SEMESTER PENGAJIAN

Setiap tahun Madrasah mempunyai dua semester pengajian. Pertama : Bermula dari Syawal hingga Rabiul Awal. Kedua : Bermula dari Rabiul Awal hingga Sya’ban.

​

2.TEMPOH PENGAJIAN

Sukatan pelajaran mengambil masa 3 tahun untuk dihabiskan. Sekiranya pelajar lulus setiap peperiksaan dan mempunyai prestasi     akhlak yang baik mereka berpeluang untuk menyambung pengajian di peringkat menengah dan universiti.

​

3.PEPERIKSAAN

Setiap tahun akan diadakan 3 peperiksaan, Peperiksaan penggal pertama, kedua dan peperiksaan akhir semester.

​

4.PEMARKAHAN

Jumlah markah akan dikumpul dari ketiga-tiga peperiksaan bagi mengetahui prestasi pelajar.  Markah lulus ialah 60% ke atas.  Bagi mereka yang gagal dikehendaki mengulang dan tidak dibenarkan naik ke semester berikutnya.

​

5. KITAB - KITAB

Semua kitab pengajian akan ditentukan oleh pihak madrasah dan pihak madrasah juga berhak mengubah sukatan pembelajaran sekiranya perlu.

PELAJAR: Welcome

Dapatkan Keperluan Pelajar Di Sini

Mug Logo
Baseball Cap Logo
Logo Tshirt
Mug Logo
Baseball Cap Logo
Logo Tshirt
Mug Logo
Baseball Cap Logo

Highest Quality

RM20

RM45

RM79 (3 pcs)

PELAJAR: Shop
bottom of page