top of page

Sistem Pengajian ASUH Johor

  • Writer: asuh johor
    asuh johor
  • Nov 12, 2020
  • 2 min read

Updated: Nov 16, 2020

Madrasah Tahfiz Terbina Melalui 5 Asas:

Ikhlas

Tawadhu’

Adab

Khidmat

Musyarakah


3 syarat yang diterapkan sebagai persediaan untuk menjadi dai’:

Ilmu

Zikir

Khidmat

Di ASUH, pelajar menghabiskan 85% dalam setahun tinggal di madrasah berjauhan daripada keluarga/Ibubapa. Matlamat utama ASUH untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji mengamalkan penghayatan Islam yang kukuh dan mempunyai keyakinan hidup bermasyarakat. Di MTDH pelajar diasuh dengan kehidupan penuh mahabbah, kasih sayang. Pelajar dididik saling hormat-menghormati tanpa mengira pangkat dan harta.



ree


Kemudahan dan keselesaan cuba diberikan kepada pelajar kerana hasrat ASUH ingin melihat anak-anak yang mempelajari ilmu Allah ini diangkat martabat, malah lebih layak diberikan kemudahan yang secukupnya daripada penuntut ilmu dunia. Maka itu, ASUH cuba menyediakan beberapa kemudahan asas agar masa yang ada itu digunakan untuk menelaah kitab dan menghafal quran.


Sistem pengajian di MTDH terbahagi kepada dua kategori/aliran:

1.Kelas Al Quran & Qiraat Hafalan 30 Juz

2.Kelas Pengajian Berkitab / Diniyyah

3.Akademik Teras

(Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik)


KAEDAH TAHFIZ

Pelajar tahfiz tidak hanya dididik semata-mata mengahafal Al Quran, malah syarat utama pelajar tahfiz menjadi imam adalah solatnya mestilah tepat seperti solat Nabi SAW. Ianya adalah pengenalan kepada huruf-huruf Asas Al Quran dan tajwid sambil diterapkan Tarannum Khusus Panipati. Kaedah pembelajaran adalah dengan menghafal dan tempoh hafalan selama 3 bulan maksimum. Tempoh 40 hari pertama pelajar diwajibkan untuk menghafal wirid-wirid yang telah ditetapkan dalam silibus madrasah.

HAFALAN 5 JUZUK

Peringkat ini adalah peringkat pengukuran untuk mengetahui samada pelajar layak dan berkemampuan menghafal 30 Juzuk atau tidak. Tempoh hafalan adalah satu tahun, sekiranya pelajar tidak mencapai tahap yang dikehendaki, pelajar boleh terus diserapkan ke pengajian kelas Alim.


ree


HAFALAN 30 JUZUK

Peringkat ini adalah lanjutan hafalan 30 Juzuk Al Quran seterusnya, seandainya pelajar melepasi ujian di atas. Tempoh hafalan yang ditetapkan adalah 3 tahun hafalan dan 1 tahun menulang. (4 tahun khatam sebagai hafizah)

PENGESAHAN / SYAHADAH TAHFIZ

Peringkat ini adalah kesinambungan dari Syahadah yang telah dicapai oleh pelajar sebagai Al-Hafiz dan pada peringkat ini mereka semestinya mampu untuk mengimami solat sunat Tarawih (30 Juzuk). Pelajar akan menduduki peperiksaan dan disahkan oleh Wakil Wifaqul Mudarris (Lembaga Peperiksaan) Negara Pakistan.


TEMPOH PENGAJIAN

Di ASUH tempoh pengajian tidak terhad kepada tempoh tertentu. Sistem pembelajaran lebih menitikberatkan kemampuan seseorang pelajar menerima dan mempraktikkan setiap mata pelajaran dan semua bilangan kitab yang diamanahkan.

 
 
 

Yorumlar


Post: Blog2 Post
bottom of page